Cinta...ada apa dengan cinta?
Cinta membuatkan kita bahagia..cinta juga membuatkan kita sengsara..bergantung pada pasangan itu sendiri bagaimana perjalanan cinta mereka menuju ke jalan bahagia atau sengsara itu sebenarnya sedang menanti..
Alangkah indahnya dunia ini jika perasaan cinta itu sentiasa membuatkan kita gembira dan bahagia dalam menjalani kehidupan seharian kita tanpa adanya sedikit pun perasaan sedih yang boleh mengatasi rasa bahagia itu..Indahnya cinta bila..setiap pagi dikejutkan dengan ucapan cinta dan sayang..disulami rasa kasih setiap masa dan diulit dengan lagu-lagu cinta setiap malam menjelma..
Rasa rindu mengatasi segalanya..mengeratkan lagi perhubungan kita dan menambahkan lagi rasa kasih dan sayang..Perasaan sayang yang menebal berjaya menepis segala rintangan,caci dan maki insan-insan sekeliling..asalkan hati saling sayang dan menyayangi maka cinta ini adalah tulus dan ikhlas..
tapi.....
bukan semua cinta itu menyeronokkan bila...ia mendatangkan kesedihan dalam diri kita.ia membuatkan hati menangis dan sengsara sedangkan wajah menunjukkan yang sebaliknya demi menjaga hati tersayang.Wajah ingin menyorok segala isi hati yang terluka kerana cinta itu ingin dipertahankan..Mata menahan air yang jernih dari mengalir membasahi bumi yang masih terisi dengan cinta yang suci..telinga menepis dari kata-kata yang mengutuk..lidah terkelu dari mengeluarkan kata-kata yang kesat..
begitu kuat penangan cinta..keran cinta itu adalah suci.
No comments:
Post a Comment