Monday, November 29, 2010

Tahniah Skali Lagi.

Assalamualaikum..

20hb November aritu kawan saye,Maizan dah kawen..(walaupon cite ni dah basi saye nak update jugak sebab arini saye punya banyak masa untuk membuat 3,4 entri haha..)

Ni kira first time saye attend majlis kahwin kawan satu sekolah ngan saye...teruja..teruja..die kawan saye yang kedua same batch ngan saye yang dah kahwin.Tahniah ye Maizan kerana dah selamat menjadi isteri orang..

Saye ajak ramai kawan pegi majlis kawen die tapi diorang sume susah betol nak kuar..nak buat cane kan so,kami bertiga je yang dapat pegi..saye,fad dan noni..sampai umah maizan kami terus pegi jumpe ngan maizan dah lame tak jumpe ngan die sejak habis sekolah memang tak jumpe langsung..masing2 sibuk study..nasib baik dapat jumpe sebelum die kawen dapatla pegi majlis die..hehe


After jumpe maizan,kami makan2..sambil tu tunggu rombongan lelaki sampai.sanggup ni tunggu sebab nak tengok suami maizan..maka terkontang kantinglah kami bertiga duduk dimeja makan tu buat macam ala-ala kedai kopi...haha

akhirnye jumpe jugak kawan lain yang datang.tapi diorang sampai tu kami semua dah nak balik dah...



Jom layan gambar kawan-kawan!

Maizan dan suami..moga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Hantaran dari pengantin perempuan


Saye takut sebab ramai sangat tengah amik gambar kat depan..(T____T)


Sape yang paling dekat dan dapat pegang tangan pengantin tu dia adalah next person yang akan kahwin..haha


saya dan noni telah merasmikan pelamin itu sebelum pengantin...tapi pengantin tak tahu!haha sori maizan...

Selamat Pengantin Baru Maizan..semoga menjadi isteri yang baik dan mendapat anak yang soleh dan solehah...

Bye!

Doakan Dia.

Assalamualaikum...

Malam 24hb aritu makcik saye dimasukkan ke hospital..sampai sekarang masih kat hospi.


makcik saye yang pakai baju kurung oren..

Kepada sesiapa yang baca blog saya..tolong doakan makcik saya kembali sihat seperti biasa..amin.

Monday, November 22, 2010

Coretan Si Kain Putih


Bayi comel yang tak berdosa
ibarat kain putih yang suci
masih belum dicoretkan oleh setitik dakwat hitam

tapi...

kerana mulut seorang yang kejam
mungkin juga kerana ketamakkan harta
hati seorang yang mulia menjadi berubah
Ya ALLAH....ampunkanlah dia..

kenapa..

tiada siapa yang mahu membelai
bahkan ibunya sendiri tidak mampu
hanya kerana kesalahan si ayah
anak ini dikatakan jijik dan haram

kerana..

dia anak yang halal
tidak mengerti kesedihan dan kebahagiaan
saya kesian
tapi saya juga tak mampu

Wednesday, November 3, 2010

Berita Terkini:30 ekor ikan peliharaan En.Mazni telah mati

Assalamualaikum...adik comel,kakak cun dan abange encem..

Alamak...nape tarikh ni jadi tahun 2008.lupe nak adjust lani.

Berita melaporkan...

Pada pukul 7:00 petang tadi,didapati ikan-ikan peliharaan en.mazni telah mati.kenape yer...

adakah kerana kelaparan?

oh,tidak...jeng..jeng..jeng..

ia adalah kerana kekurangan bekalan oksigen...wee..

oleh kerana en.mazni tiada dirumah kerana outstation..
maka,gelabah la sume orang kat umah

ape akan jadi kalau en.mazni balik nanti dan....tengok2 sume ikan die dah mati...?

adakah die akan mengamuk?sambil menghentakkan kakinya?haha comelnye.....

sebenanye bukan salah kami yang berada di rumah...sob..sob..sob

ikan2 ni ikan talapia..nak bela ikan ni kena pakai oksigen.semalam,dalam pukul 3 pagi,tetibe takde letrik.tak ingat pulak kat ikan2 nih..

bila bangun je pagi tadi,tengok2 ikan sume da mati.ikan keli je masih idup berenang kesana kemari..ikan keli xpakai oksigen pon takpe.die leh survive.hehe.

naseb baik la en.mazni tak mengamuk bila tengok ikan2 die dah mati..kecian kan.kalo mati sekor je takpe.ni sume mati..

LinkWithin